Hari ni 16hb September 2011 hari Jumaat. Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Antara terpaksa dan rela. Apa daknye. Hari ini aku terbabit dengan Majlis Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Melaka. Bangun seawal jam 4 setengah pagi. Sedang orang sedap tarik selimut, tipon aku bertempik mengejutkan aku supaya bangun mandi dan bersiap.
Dengan gaya malas, dengan mata masih separuh tertutup, aku capai kain sabok terus masuk mengkewan. Pulas kepala paip, maka memancutlah air dari paip yang berada diatas kepala ku.
Pergerakkan pertama bila air singgah kat badan aku adalah jurus 5 1/2 iaitu jurus lintang pukang. Jurus ni adalah jurus mengelak kene air. Apa taknye. Air yang keluar dah tentunya air sejuk. Maklumlah. 4 pagi. Laa.... Aku lupa nak 'on' kan suis pemanas air. Tak pasal-pasal terus terang mata aku. Hehehehe......
Jam 6 pagi, aku keluar rumah. Capai kuda besi aku dan terus membelah keheningan pagi menuju terus ke tempat perjumpaan. Aku ingat aku paling cepat. Hampeh... Aku last sampai. Kene gelak dengan anggota pagi-pagi subuh ni.
Tak lama, pegawai aku pun sampai dengan van jabatan. Aku arahkan semua masuk van dan kami pun bergerak ke Padang Pahlawan Banda Hilir yang mana perarakkan akan dimulakan dari sana.
Sampai di Banda Hilir, sarapan dulu kat kedai mamak bawah Padang Pahlawan tu. Aku tengok ramainye manusia. Pas tu aku tengok muka mamak tu senyum sampai ke telinga. Berseri-seri. Niaga bagus... Dan ada juga anggota yang mengambil kesempatan untuk pergi membuang apa-apa yang patut sebelum perbarisan bermula.
Lebih kurang jam 9 lebih pagi bermulalah perbarisan. Dengan lenggang kiri kanan kiri kanan, tangan dan kaki dihayun, kepala menoleh ke kanan mengadap pentas utama sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin negara dan kepada Pengarah Rela Negeri Melaka, mencuri tumpuan semua yang berada sekitar pentas utama.
Sememangnya pasukan ini mencuri tumpuan kerana warna unifomnya. Warna hijau. Sinonim dengan pasukan bersenjata yang sedia mempertahankan negara. Apatah lagi dikenekan dengan jambul putih. Sarung tangan putih. Waduh tipah.... Banyak lensar kamera yang tertumpu pada kami. Daripada kamera pemberita hinggalah kamera orang-orang awam. Sampaikan kamera handphone pun tak henti-henti bekerja. Ramai yang memuji. Ramai juga yang menjeling segan. Ada juga yang menjeling masam. Macam abang polis tu. Nampak mencemik. Agaknya dalam hati dia, apalah yang gahnya Rela ni.... Tapi aku bangga dapat membuatkan hati mereka-mereka yang kurang senang dengan Rela menjadi pahit.
Sememangnye perbarisan kali ini bolehlah dianggap terbaik kerana kami telah mencuba. Hanya dengan 1 hari latihan, dengan kalangan anggota yang tidak ada asas kawat(yang belum pergi kursus asas rela), benar-benar mencabar pegawai yang bertugas. Tapi apa pun hari ini akan menjadi sejarah dalam benak semua yang terlibat. Lain tahun kita buat lagi yang terbaik. Mungkin aku boleh usulkan tahun depan barisan Rela lengkap dengan pongkis dan belantan.
No comments:
Post a Comment