Kalau sebut pasal sejarah negeri Melaka, semua orang akan bercerita tentang Portugisnya, tentang kota A`Famosa, tentang Masjid Kampung Hulu dan banyak lagi. Semua orang tahu kesan tinggalan sejarah negeri Melaka. Baik yang tua mau pun yang muda. Malah sukatan pelajaran di negara ini juga mewajibkan setiap sekolah untuk mengajar tentang sejarah negeri Melaka.
Begitu agongnya sejarah negeri Melaka. Sebagaimana agongnya bahasa orang Melaka, begitulah dengan sejarah negeri ini.
Tetapi ada juga sejarah yang kian dilupakan.
Hari ni aku nak cerita tentang Bukit Cina, Bukit Gedong dan Bukit Tempurong. Aku lebih senang menggunakan gaya bahasa aku sendiri. Kalau-kalau ada yang tak faham, tanya aku, nanti aku kasi faham.
Pertama aku nak cerita tentang Bukit Cina. Kalau bertanya pada sesiapa tentang bukit Cina, kebanyakan tahu di mana letaknya bukit Cina. Tetapi kalau bertanya tentang bukit Gedong dan bukit Tempurong, kadang-kala jenerasi muda Melaka sendiri pun tak tahu di mana letaknya dua bukit itu. Ini pun sejarah. Dua bukit yang kian dilupakan. Aku sendiri pun terkeliru pada mulanya.
Bukit Cina lokasinya dekat dengan perigi Hang Li Poh. Hang Li Poh ini adalah seorang puteri raja yang berasal dari negara China yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Kerana kasihnya Sultan Melaka kepada puteri ini dan untuk menjaga hati Maharaja China, Sultan Melaka telah menghadiahkan kepada puteri ini sebuah bukit tidak jauh dari Kota Melaka yang mana puteri ini telah membina tokong dan sebuah perigi di kaki bukit ini dan digelar orang sebagai Perigi Puteri Hang Li Poh atau Perigi Raja
Di puncak Bukit Cina ini, tanahnya rata dan dulunya ada banggunan jabatan kaji cuaca tapi sekarang banggunan itu telah tiada lagi.
PUNCAK BUKIT CINA
Orang dulu-dulu kata bukit ini banyak harta karun. Tak tahu le aku benar atau tidak. Tetapi orang dulu-dulu kata, orang cina yang ditanam di sini, akan dikuburkan bersama harta mereka. Seandainya kenyataan ini benar, maka sudah sementinya bukit ini menyembunyikan banyak harta karun. So milik siapakah harta ini? Milik kerajaan Melaka laa......dan sekutunya.
PEMANDANGAN BANDAR MELAKA DARI PUNCAK BUKIT CINA
Kat manakah lokasi bukit Gedong? Bukit Gedong dan Bukit Cina adalah dua bukit yang bercantum yang mana Bukit Cina letaknya dekat perigi Hang Li Poh manakala Bukit Gedong disebelah belakangnya. Maknanya ada dua puncak bukit kat bukit itu.
BERPELUH JUGA MENDAKI KE PUNCAK
Orang sekarang lebih suka memanggil dua bukit ini Bukit Cina sahaja kerana artifak kuburan Cina yang telah beratus tahun berada kat sana. Jadi nama Bukit Gedong pun tenggelamlah dek arus permodenan. Di puncak bukit Gedong pula terdapat dua makam panjang yang dipercayai milik dua orang panglima yang terbunuh semasa berperang dengan orang Portugis. Iaitu panglima Pidie dan panglima Syamsuddin Al Sumatrani yang berketerunan Aceh. Dan beberapa makam biasa yang tidak diketahui milik siapa.
BEBERAPA MAKAM LAIN DISISI MAKAM PANGLIMA PIDIE
Sekarang bukit ini menjadi lokasi orang awam berjoging pada petang hari. Telah tersedia track bertar untuk berjoging sekeliling dua bukit ini. Boleh juga berjoging sekeliling bukit ini dengan menyusuri jalanraya di kaki bukit tetapi kenderaan yang semakin bertambah di Melaka ini membuatkan orang lebih gemar berjoging di atas bukit.
LALUAN NAIK UNTUK PELANCONG
GAMBAR DIAMBIL DARI PUNCAK BUKIT CINA
LALUAN UNTUK ORANG YANG BERJOGING
Bukit Gedong juga dikaitkan dengan harta karun. Gedong tu kan bermaksud tempat penyimpanan yang luas. Mungkin kerana itu orang kaitkan harta karun yang banyak tertanam kat bukit ini. Bagi aku sama saja dengan pendapat aku tentang bukit cina.
INILAH AGAKNYA HARTA KARUN YANG DIMAKSUDKAN
Bukit Tempurong pula.
Memang ramai yang tak tahu kat mana bukit ini. Aku mulanya pun keliru. Yang sebenarnya bukit itu dah rata. Maksudnya dah tak berbukit lagi. Tanahnya dah diambil dan tapak asal bukit ini telah banyak didirikan banggunan. Dah dijadikan kawasan perumahan dan rumah kedai. Tapak Sek. Men. Seri Bandar Air Leleh sekarang adalah kaki bukit Tempurong. Air Leleh itu adalah nama kampung yang berada di kaki bukit ini. Tetapi orang sekarang lebih senang panggil kawasan kampung dan bekas bukit itu sebagai Air Leleh. Yelah... Dah tak ada bukit lagi. Satu lagi sejarah yang kian dilupakan. Kepada orang yang tinggal berdekatan dengan bekas bukit ini, tentu tahu tempat simpanan segala barangan TM (Telikom Malaysia) Air Leleh. Tempat simpanan itulah bekas sebuah kilang yang membuat minyak kelapa. Minyak kelapa yang digunakan untuk menggoreng.
Kesimpulannya aku menulis hanya untuk mengingatkan kembali nama-nama bukit yang agong suatu masa dulu. Yang mana kian dilupakan. Sekurang-kurangnya boleh juga menjadi peringatan untuk tatapan jenerasi selepas aku.
anda nak ceritakan sejarah kat orang,tapi fakta pun salah ! macamana ni ? makam syeikh shamsudin sumatrani bukan kat bkt.cina ni,tapi kat kg.ketek,dekat2 masjid kg.kling sana wehh ! !
ReplyDelete