Thursday, 3 May 2012

PERJALANAN KU SEMPENA CUTI UMUM

Hari ini 1 Mei 2012. Macam biasa 1 Mei adalah cuti hari pekerja. Aku juga bercuti dan aku tidak ada apa-apa aktiviti yang nak aku lakukan. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk merayau melihat kampung-kampung di luar bandar Melaka. Lama juga aku tak melakukan aktiviti ini. Sibuk dengan kerja dan RELA.

Jam 2.30 petang aku hidupkan enjin motosikal dan terus ke stesen minyak Shell Air Keroh. Setelah mengisi petrol yang mencukupi, aku pun memulakan perjalanan. Destinasi ku adalah menghala ke Jasin.
Dari leboh Ayer Keroh terus menghala ke Durian Tunggal. Aku selalu juga ke Durian Tunggal. Jadi tiada apa-apa yang menarik perhatian ku di sini. Seterusnya menghala ke Batang Melaka melalui jalan Simpang Gading. Sampai di penghujung jalan adalah Kampung Permatang Air Pasir. Belok ke kanan ke Kampung Air Kangkong dan terus menghala ke Kampung Tebong melalui jalan Tebong.
Perjalanan amat menghiburkan. Kurangnya kenderaan.(mungkin sebab hari cuti) Melalui hutan yang menhijau. Sungguh nyaman. Sungguh menghiburkan.

Aku menunggang motosikal agak perlahan. Sengaja aku perlahankan perjalanan ku kerana aku nak melihat rumah-rumah kampung di sepanjang perjalanan ku. Pada pengamatan ku, banyak rumah yang dah uzur. Orang kampung dan anak-anak muda kampung pun tidak kelihatan. Mungkin hari masih panas. Mungkin juga anak-anak muda ramai yang telah berhijrah ke kota-kota besar. Sekurang-kurangnya mungkin bekerja di bandar Melaka. Maklumlah. Apa yang ada di kampung selain bendang, hutan, nyamuk. Itu aku akui tetapi aku yang sememangnya lahir di kota, kampung memberi aku seribu ketenangan. Nak tahu kampung asal aku? Kampung Bukit Cina. 10 minit berjalan sampailah ke Banda Hilir.

Dari satu kampung aku jumpa satu lagi kampung hinggalah aku sampai juga ke Pekan Batang Melaka. Apa yang ada di pekan Batang Melaka ini?

Yang pertama aku cari warong untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Sememangnya aku belum makan tengahari lagi. Di warung aku tidak order nasi goreng atau mee goreng. Sebaliknya aku order burger daging. Apa da.... Perut berkeroncong makan burger aje? Memang aku nak kurangkan makan. Ini semua ada hubung kait dengan RELA. Nantilah aku ceritakan.

Lepas aku bayar burger daging dan air nescafe, aku menghidupkan enjin motosikal semula tetapi ada sebuah banggunan yang menarik perhatian aku. Terus menghala ke banggunan itu. Parkir dan terus memanjat tangga ke banggunan itu.

Inilah Stesen Keretapi Tanah Melayu Batang Melaka.
Yang sebenarnya aku tidak pernah singgah stesen ini. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ku di sini. Stesennya tidaklah besar seperti stesen Tampin.
Ruang menunggu simple. Kerusi duduk kerusi kayu. Tiada alas tilam empok. Terbuka. Kalau hujan? Tempias? Pandai-pandailah cabut cari tempat perlindungan.
Mana pulak aku letak gambar kaunter tiketnya? Dah hilang pulak. Yang aku nampak, papan kenyataan bertulis keretapi dari singapura akan sampai pada jam 6.30 petang. Sekarang baru 3.30 petang. Takkan aku nak menunggu hingga keretapi sampai? Aku pun terus turun dan menyambung perjalanan ku.

Dari stesen kerapi Batang Melaka aku menghala ke kampung Jus. Kampung Jus ini ada kolam takungan air. Empangannya besar. Rasanya bekalan air mentah empangan ini bisa menampung keseluruhan daerah Jasin.
Dah nampak kolam takungannya.


Boleh dikatakan seluas mata memandang.

Lagi 500 meter sampailah aku di simpang ke kampung Jus. Aku rancang suatu hari nanti aku akan dapatkan maklumat kenapa kampung ini diberi nama kampung Jus. Mesti menarik kisahnya.

Dari jalan ini, masuk ke kiri untuk ke kampung Jus. Dari sinilah gambar terakhir yang sempat aku rakamkan dalam kamera talipon tangan ku. Bateri talipon dah mengeluarkan isyarat bateri low.

Dari kampung Jus aku menghala ke Asahan, Simpang Bekoh dan terus ke pekan Jasin. Sepanjang menunggang motosikal, aku seronok. Barulah aku nampak orang-orang kampung menyapu halaman rumah. Anak-anak main kejar-kejar. Warung pula mula penuh dengan pengunjung setianya. Mungkin kerana hari dah tak panas lagi. Tetapi sayangnya aku tidak dapat merakamkan gambar-gambar menarik. Walau bagaimana pun aku selamat sampai ke rumah pada jam 6.30 petang. Ini menjadi pengajaran kepada aku supaya bersedia dengan bateri simpanan sekiranya aku ingin meronda lagi. Sehingga berjumpa lagi....

2 comments: