Sunday, 1 January 2017

CUTI-CUTI MALAYSIA

6 Febuari 2016. Aku mengikuti isteri ku ke negeri cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Isteri membuat rombongan ke Kelantan. Isteri ku sememangnya rajin dalam bab membuat rombongan ni dan sering menjadi kepala rombongan. Bagi aku pula, inilah masanya aku keluar dari negeri Melaka untuk ke negeri orang setelah selama 5 tahun tidak kemana-mana. 

Berkumpul di perkarangan mesjid Al-Azim Melaka jam 2100H (9 malam) Keadaan malam tu hujan. Aku sendiri basah kuyup kerana membantu ahli rombongan menyusun bag masing-masing diperut bas. Setelah selesai dan semua yang mengikuti percutian ini selamat berada diatas bas, dan setelah doa dibaca mohon perjalanan ini dilindungi, pemandu bas pun berangsur-ansur memulakan perjalanan. Disebabkan hari hujan, aku tak berani membawa talipon ku untuk mengambil gambar. Takut rosak.


Aku mengikuti pergerakan bas dari belakang menggunakan kenderaan sendiri. Kereta PROTON WAJA yang telah 9 tahun berkhidmat dengan keluarga ku. 


Aku bukannya tak suka bersama ahli rombongan di dalam bas. Atau aku bukan pula tak suka menaiki bas untuk perjalanan jauh. Tetapi aku selesa untuk memandu sendiri. Aku suka memandu untuk satu perjalanan yang jauh. Perjalanan dari Melaka ke Kelantan mengambil masa sehingga 12 jam memberi aku cabaran. 


Anak aku ni pun satu hal. Tak mahu duduk dalam bas. Nak juga duduk dalam kereta. Bila ditanya, dalam bas tak boleh baring seperti dalam kereta katanya. Walaupun kaki dia terpaksa di bengkokkan, nak juga duduk dalam kereta. Seperti biasa anak aku dengan bantalnya, dengan selimut totonya dan bermacam-macam lagi yang dibawa. Katanya tempat duduk belakang Nana punya department. Siapa pun tak boleh masuk. 




Sepanjang perjalanan, hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Sekejap lebat. Sekejap renyai. Lebat semula. Begitulah keadaanya sepanjang perjalanan dari mesjid Al-Azim ke pekan Jasin ke Tangkak, Segamat dan terus ke hentian Muazam Shah. Aku yang mengikuri bas tidak terasa mengantok tetapi anak aku dah lama berdengkor.

Sesampai di Muazam Shah berhenti sebentar untuk minum minuman panas. Ada juga penumpang mengambil kesempatan untuk makan makana berat dan ada juga ke bilik air. Sementara aku dan pemandu bas duduk semeja dan asyik bercerita tentang perjalanan kami sebentar tadi. Cara bercerita menunjukkan pemandu bas selesa memandu dalam keadaan begini. Mungkin kerana tidak banyak kenderaan membuatkan pemandu bas seronok dalam pemanduannya.

Habis minum dan semua penumpang telah ada di tempat duduk masing-masing, perjalanan di sambung. Barulah isteri ku duduk dalam kereta bersama aku menemankan aku. Dari Melaka ke Muazam Shah isteri di dalam bas bersama peserta rombongan. Bila ditanya kenapa tidak dalam bas? Tidor tak lelap katanya. Aik...? Macam dalam kereta boleh selesa?

Hujan masih lagi turun membuatkan suasana sejuk sehingga ke tulang. Dan pemanduan terpaksalah lebih berhati-hati disebabkan jalan licin. Nasib baik aku dah tukar wiper kereta ku petang tadi. Jika tidak,  masaalah juga semasa memandu.

Sepanjang mengikuri bas menyusuri lebuhraya Segamat-Kuantan hinggalah ke persimpangan Gambang, mata aku sedetik pun tidak merasa mengantok. Mungkin gairah memandu jauh menjadikan aku cergas malam ini. Ditambahkan lagi dengan peneman aku iaitu RedBull. Kelajuan bas sekitar 80 - 90km sejam. Laju juga. Hilang mengantuk. Isteri dan anak aku? Mmmmm.....

Dari Persimpangan Gambang terus ke Plaza Toll Gambang melalui Lebuhraya MEC dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur / LPT. Inilah pertama kali aku memandu di Lebuhraya Pantai Timur / LPT. Seperti lebuhraya Pluss dan leburaya lainnya, LPT juga berkualiti pembikinannya. Aku masih dibelakang bas dan hujan masih lagi turun. Tiada tanda-tanda hujan akan berakhir. Berdetik dalam hati aku bahawa pemandu bas juga seperti aku yang masih segar bugar. Kerana kelajuan bas kali ini 100 ke 110km sejam. Sekelip mata aku yang memandu kereta ketinggalan jauh.


Aku yakin. Penumpang bas semua dah lelap diulit mimpi agaknya sepertimana isteri dan anak ku di dalam kereta. Maklumlah. Bas air suspention. Memanglah tak rasa.

Dari Plaza Toll Gambang kami terus menghala ke toll terakhir lebuhraya ini iaitu Plaza Toll Kuala Terengganu (kg Gemuroh) Dari toll belok ke kiri Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu. Masih lagi dinegeri ikang. Dan bermulalah jalan lama ke Kelantan.



Destinasi pertama kami adalah ke Rantau Panjang. Shopping. Shopping. Shopping. Beginilah keadaan kereta bila siang harinya. Sepanjang perjalanan hujan. Ikut pulak belakang bas.

Di Rantau Panjang ada seperkara yang aku perhatikan.
Tulisan jawinya. Di mana-mana papan tanda mesti ada tulisan jawi. Di sepanjang jalanrayanya mesti ada kalimah-kalimah memuji Allah tuhan yang satu. Ini sedikit sebanyak membuatkan aku terasa di dalam sebuah negara islam. Perkara ini pernah saya anjurkan kepada pemimpin negeri Melaka tetapi nampaknya seperti mencurah air di atas daun keladi. Maklumlah. Kita ni siapa kalau nak di bandingkan dengan mereka-mereka yang bijak pandai menduduki kerusi pemimpin negeri. Kan...? Sememang layaklah Kelantan di beri jolokan 'serambi mekah'

Setelah habis membelanjakan wang yang dibawa dari Melaka di Rantau Panjang, kita singgah sebentar di Mesjid Keputeraan Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih di kenali sebagai Mesjid Cina. Uniknya mesjid ini terletak pada struktur banggunannya.
  
Pintu masuknya sendiri melambangkan keagungan rekabentuk kaum cina.
 
Dua buah motosikal ini berdaftar di negara Thailand. Yang menarik perhatian ku adalah no pendaftaran motosikal ini. Tertulis dengan tulisan siam. Dan papan pendaftarannya besar. Senang dilihat dari jauh. Cuba bayangkan mat-mat rempit kita kalau terpaksa menggunakan papan pendaftaran sebesar ini di motosikal masing-masing. 



Perjalanan diteruskan selepas peserta rombongan menunaikan sembahyang zohor di mesjid cina. Aku melihat jam ditangan. Menunjukkan lagi 9 minit jam 3 petang. Kata isteri ku ada dikalangan peserta rombongan masih belum makan tengahari. Mungkin faktor cuaca mendong, hujan, perut tidak terasa lapar. Atau mungkin kerana seronok membeli belah membuatkan terlupa makan. Lalu kami singgah di perjalanan ke Kota Baru untuk makan tengahari yang mana aku rasa masa untuk minum petang sepatutnya.


Berhenti untuk makan. Jangan lupa. Kami mandi koboi je subuh tadi di mesjid yang kami singgah dalam perjalanan kami tadi.

   

Disinilah terjadinya sesuatu yang mana menjadi peringatan kepada aku isteri dan semua ahli rombongan. Dua mangkuk maggie sup, segelas air limau panas dan segelas air masak berharga RM30. Setelah di sergah oleh isteri ku berapa harga semangkuk maggie sup barulah pelayan yang mengira tadi dengan selamba berkata tersilap kira. Harga semangkuk maggie sup RM6. Dua mangkuk baru RM12. Harga segelas air limau panas RM2. Dan segelas air masak 50 sen. Jumlahnya RM14.50. Harga yang dikenekan mula-muka tadi RM30. Makoiiii.... Berapa banyak keuntungan yang tokey kedai ni nak ambil? Kalau isteri aku tak bersama ahli rombongan itu tadi, dah tentunya ahli rombonagn tu terus bayar harga yang di sebut. Agak-agaklah bang oiii.... Nak cari untung pun janganlah sampai kata orang cekik darah pula. Barang yang dijual tu barangan makanan. Menjadi darah daging. Kalau tak di halalkan oleh pembayar, selama keterunan awak tak diberkati Allah. Di lanat ada lah. Kejadian ini aku tak dapat rakamkan kerana aku duduk di lain meja. Setelah isteri ku masuk ke dalam kereta barulah dia ceritakan pada ku.

Dah kenyang kami terus ke guesthouse yang disediakan. Berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan. Atau dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Setelah semua mendapat bilik masing-masing, aku isteri dan anak aku pun mula la mencari tempat tidur kami untuk malam tu. Kata isteri ku malas nak tidur bersama ahli rombongan kerana perkara kecil pun nanti di minta kita sattlekan. Kalau kita tidak ada didepan mata, pandai pula sattlekan sendiri. Macam-macam lah isteri ku ni.
Kan senang cakap awak dan anak memang tak selesa tidur kat sini. Lebih-lebih lagi anak aku tu si Nana. Manakan dia mahu berkongsi bilik ramai-ramai. So kami bergerak mencari tempat tidur yang lebih selesa.

Sepanjang hotel yang ada di pantai ini kami singgah. Semuanya penuh. Full house. Memanglah penuh. Cuti tahun baru cina. Dari pelusuk negeri mana pun manusia datang ke negeri Cik Siti ni. Boleh dikatakan tenggelam orang Kelantan.

Akhirnya aku membat keputusan bermalam di New Pasific hotel. Terletak dalam bandar Kota Baru. Jauh dari PCB. Nak buat macamana? Tak kan aku nak bermalam di Ramada hotel pulak? Kamar double bed berharga RM180 semalam. Termasuk sarapan pagi. Bolehlah. Aku memang gemar hotel ini kerana keselesaan kamarnya. Lebih-lebih lagi Nana. Dari kecil sampailah dah dewasa. Kalau kami ke Kelantan, hotel inilah menjadi tempat kami bermalam. 

Seterusnya jam 1900H (7 malam) kami bergerak ke Wakaf Che Yeh. Ahli rombongan dah sedia menanti disana. Apa lagi. Bershopping lagi lah kita. Seperti Rantau Panjan, Wakaf Che Yeh ni pun penuh dengan umat manusia dari negeri lain berbelanja. Sememangnya di sini barangannya murah. Pada masa ini tidak timbul barangan tu berkualiti atau tidak. Yang penting murah. 

Sepanjang dari Rantau Panjang tadi sehinggalah ketika ini hujan masih lagi turun, Kadang-kadang renyai-renyai. Kadang-kadang gerimis. Suasana cukup selesa. Badan tak berpeluh langsung. Kene pula tiupan angin yang kadang-kadang kuat membuatkan badan terasa segar dan kesejukan.

Tamatlah berbelanja dan rombongan terus pulang ke guesthouse untuk berehat. Aku anak isteri pulang ke hotel. Sepanjang aktiviti ini aku tidak dapat mengambil gambar kerana talipon tangan ku kehabisan bateri. Powerbank yang dibawa juga kehabisan. Aku tinggalkan di hotel untuk di caz. Semuanya gara-gara anak aku menggunakan powerbank ku sehingga habis.
Esok paginya semua dah stanby di pasar Siti Khadijah. Shopping barangan basah. Shopping terakhir sebelum kami bergerak meninggalkan Kota Bahru menghala ke destinasi seterusnya iaitu Kuala Terengganu. Pagi ni isteri bersama rombongan di dalam bas. Sementara aku dengan anak di dalam kereta. Anak aku biasalah. Sambung tidur.

Kereta dan bas bergerak seiring menuju Kuala Terengganu. Tetapi aku terpaksa berhenti di petrol station untuk mengisi petrol kereta ku. Selesai aku pun memecut mengejar bas yang mendahului kami selama 10 minit. Pada mulanya kelajuan ku sekitar 100 km sejam. Tak nampak pun kelibat bas. Aku pasti boleh mengejar kerana keadaan trafik banyak kenderaan menghala ke destinasi yang sama. Aku tingkatkan lagi kelajuan 120km sejam. Masih tak jumpa. Hairan. Sehinggalah 130 km sejam. Tak jumpa juga. Aku semakin hairan. Hinggalah aku berjumpa jembatan yang menghubungkan negeri Terengganu dan Kelantan. Akhirnya baru aku teringat. Pada isteri ku ada aku bekalkan set walkie-talkie. Lalu aku panggil isteri ku menggunakan set tersebut. Rupanya bas 30 minit dibelakang kereta ku. Macamana aku boleh tinggalkan bas sedangkan aku yakin aku tak jumpa pun kelibat bas sepanjang perjalanan ini. Mmmmm....

Isteri ku menyuruh aku tunggu di Mesjid Kristal kerana mereka akan singgah sebentar untuk solat zohor di sana. Lalu aku dengan anak sempatlah singgah di Musium Rakyat Terengganu tetapi aku dan anak tidak masuk ke dalam kerana memandangkan terlalu ramai pengunjung. Berdekatan dengan musium rakyat, ada suatu tempat menarik perhatian ku.  

Pengkalan Feri Losong. Satu-satunya jalan yang menghubungkan negeri Terengganu dengan Kelantan. 
 

Pengkalan Feri Losong ini terletak di Kampung Bukit Losong dan sebelahnya di Kampung Bukit Datu. Satu-satunya jalan yang menhubungkan Terengganu dengan Kelantan. Mungkin suatu ketika dulu pengkalan jeti ini sibuk dengan penumpang dan kenderaan yang mahu keseberang. Perkhidmatan ini ditamatkan pada 28 Jun 1965 setelah siapnya sepenuhnya jembatan di kampung Manir.


Anak aku pula pantang nampak aku nak mengambil gambar. Pasti dia yang sibuk posing.



Seterusnya setelah nampak kelibat bas, kami bergerak ke Mesjid Kristal. Ramai orang yang berhenti di mesjid ini. kebetulan telah masuknya waktu zohor.


Dan terus ke Pasar Payang setelah selesai di Mesjid Kristal.
  

 
 



Selesai sudah bershopping keropok keping di Pasar Payang. Kita ke Marang pula untuk shopping keropok lekor. Sememangnya Marang terkenal dengan keropok lekornya

Ada yang membeli ikan busuk daginglah. Ada juga yang tertarik dengan ikan masin bulu ayam. Keropok keping dan keropok lekor menjadi daya terikan utama disini. Termasuklah SATA. Sjenis makanan yang dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Kandungannya mestilah ikan. Tetapi aku tertarik dengan cara membuat dan merebus keropok lekor.
 


Selesai. Aku bincang dengan pemandu bas. Selepas ini tiada lagi hentian. Perjalanan terus ke Muazam Shah. Kami bersetuju. Bas mulalah bergerak. Aku mengikuri dari belakang. Anak aku pun mulalah tarik selimut. Sementara isteri aku joint aku dalam kereta.

Bas bergerak laju sementara aku mengikuri dari belakang. Kalau boleh kali ini aku tak mahu lagi berpecah. Jalanraya sepanjang Marang Rantau Abang telah dibesarkan menjadi dua lorong. Pejalanan menjadi selesa kerana turap baru dan jalan yang lebar membuatkan bas bergerak ke hampir tahap maksima. Tiba-tiba.... PANG...!!! Aku lihat asap di perut bas. Sudah. Kata ku dalam hati. Apa pula musibah kali pertama ini. Rupa-rupanya tayar bas meletop. Terus pemandu berhentikan bas di tepi jalan. Aku lihat jam ditangan menunjukkan jam 6 lebih. Sebentar nanti hari sudah gelap. Bermulalah episod mengganti tayar bas yang pecah.
Aku hairan juga. Tayar bas yang pecah masih nampak baru. Bunga tracknya masih tebal. Pun boleh pecah? Kata pemandu bas. "Kualiti sesuatu barang tidak ada jaminan boleh digunakan sehingga akhir hayatnya. Walaupun pembikinannya dikawal dengan ketat." Betul juga kata ku. Hanya ciptaan Allah sahaja yang amat sempurna. Pemutar skru? Ada Tayar simpanan? Ada. Jack? Ada. Jadi apa yang ditunggu lagi?Kata ku kepada pemandu bas. Besi penyambung pemutar skru takde. Kalau besi ini tak ada, susah kita nak membuka nat tayar kerana nat tayar bas ini dikunci menggunakan mesin. Maknanya memang ketat. Jadi terpaksalah panggil pomen untuk membuka nat tayar ni menggunakan kan mesin. 

Thursday, 3 May 2012

PERJALANAN KU SEMPENA CUTI UMUM

Hari ini 1 Mei 2012. Macam biasa 1 Mei adalah cuti hari pekerja. Aku juga bercuti dan aku tidak ada apa-apa aktiviti yang nak aku lakukan. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk merayau melihat kampung-kampung di luar bandar Melaka. Lama juga aku tak melakukan aktiviti ini. Sibuk dengan kerja dan RELA.

Jam 2.30 petang aku hidupkan enjin motosikal dan terus ke stesen minyak Shell Air Keroh. Setelah mengisi petrol yang mencukupi, aku pun memulakan perjalanan. Destinasi ku adalah menghala ke Jasin.
Dari leboh Ayer Keroh terus menghala ke Durian Tunggal. Aku selalu juga ke Durian Tunggal. Jadi tiada apa-apa yang menarik perhatian ku di sini. Seterusnya menghala ke Batang Melaka melalui jalan Simpang Gading. Sampai di penghujung jalan adalah Kampung Permatang Air Pasir. Belok ke kanan ke Kampung Air Kangkong dan terus menghala ke Kampung Tebong melalui jalan Tebong.
Perjalanan amat menghiburkan. Kurangnya kenderaan.(mungkin sebab hari cuti) Melalui hutan yang menhijau. Sungguh nyaman. Sungguh menghiburkan.

Aku menunggang motosikal agak perlahan. Sengaja aku perlahankan perjalanan ku kerana aku nak melihat rumah-rumah kampung di sepanjang perjalanan ku. Pada pengamatan ku, banyak rumah yang dah uzur. Orang kampung dan anak-anak muda kampung pun tidak kelihatan. Mungkin hari masih panas. Mungkin juga anak-anak muda ramai yang telah berhijrah ke kota-kota besar. Sekurang-kurangnya mungkin bekerja di bandar Melaka. Maklumlah. Apa yang ada di kampung selain bendang, hutan, nyamuk. Itu aku akui tetapi aku yang sememangnya lahir di kota, kampung memberi aku seribu ketenangan. Nak tahu kampung asal aku? Kampung Bukit Cina. 10 minit berjalan sampailah ke Banda Hilir.

Dari satu kampung aku jumpa satu lagi kampung hinggalah aku sampai juga ke Pekan Batang Melaka. Apa yang ada di pekan Batang Melaka ini?

Yang pertama aku cari warong untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Sememangnya aku belum makan tengahari lagi. Di warung aku tidak order nasi goreng atau mee goreng. Sebaliknya aku order burger daging. Apa da.... Perut berkeroncong makan burger aje? Memang aku nak kurangkan makan. Ini semua ada hubung kait dengan RELA. Nantilah aku ceritakan.

Lepas aku bayar burger daging dan air nescafe, aku menghidupkan enjin motosikal semula tetapi ada sebuah banggunan yang menarik perhatian aku. Terus menghala ke banggunan itu. Parkir dan terus memanjat tangga ke banggunan itu.

Inilah Stesen Keretapi Tanah Melayu Batang Melaka.
Yang sebenarnya aku tidak pernah singgah stesen ini. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ku di sini. Stesennya tidaklah besar seperti stesen Tampin.
Ruang menunggu simple. Kerusi duduk kerusi kayu. Tiada alas tilam empok. Terbuka. Kalau hujan? Tempias? Pandai-pandailah cabut cari tempat perlindungan.
Mana pulak aku letak gambar kaunter tiketnya? Dah hilang pulak. Yang aku nampak, papan kenyataan bertulis keretapi dari singapura akan sampai pada jam 6.30 petang. Sekarang baru 3.30 petang. Takkan aku nak menunggu hingga keretapi sampai? Aku pun terus turun dan menyambung perjalanan ku.

Dari stesen kerapi Batang Melaka aku menghala ke kampung Jus. Kampung Jus ini ada kolam takungan air. Empangannya besar. Rasanya bekalan air mentah empangan ini bisa menampung keseluruhan daerah Jasin.
Dah nampak kolam takungannya.


Boleh dikatakan seluas mata memandang.

Lagi 500 meter sampailah aku di simpang ke kampung Jus. Aku rancang suatu hari nanti aku akan dapatkan maklumat kenapa kampung ini diberi nama kampung Jus. Mesti menarik kisahnya.

Dari jalan ini, masuk ke kiri untuk ke kampung Jus. Dari sinilah gambar terakhir yang sempat aku rakamkan dalam kamera talipon tangan ku. Bateri talipon dah mengeluarkan isyarat bateri low.

Dari kampung Jus aku menghala ke Asahan, Simpang Bekoh dan terus ke pekan Jasin. Sepanjang menunggang motosikal, aku seronok. Barulah aku nampak orang-orang kampung menyapu halaman rumah. Anak-anak main kejar-kejar. Warung pula mula penuh dengan pengunjung setianya. Mungkin kerana hari dah tak panas lagi. Tetapi sayangnya aku tidak dapat merakamkan gambar-gambar menarik. Walau bagaimana pun aku selamat sampai ke rumah pada jam 6.30 petang. Ini menjadi pengajaran kepada aku supaya bersedia dengan bateri simpanan sekiranya aku ingin meronda lagi. Sehingga berjumpa lagi....

Sunday, 23 October 2011

MAKIN DIHAPUS MAKIN MENJADI

Syukur alhamdulillah. Sekali lagi dapat juga kita berjumpa dengan izinnya. Apa yang kita nak bualkan pada kali ini? Ha..Ha... Aku ada cerita yang nak aku kongsikan bersama.

Pada 20hb Okt 2011, aku dan seorang geng aku yang sememangnya sekepala dengan aku, merancang pergi ke tempat yang boleh kami rehatkan minda, tenangkan hati sambil menikmati suasana bumi Melaka yang bertuah ini.

Sememangnya beberapa tempat yang bermain di kepala otak kami. Congak punya congak, keputusan adalah ke puncak Bukit Gedong. Iaitu ke makam panglima Pidi.(cuba semak di laman BUKIT CINA BUKIT GEDONG BUKIT TEMPURONG) Sememangnya kami suka ke sana. Lebih-lebih lagi aku kerana suasana aman di situ.

Dari kaki bukit, kami bermotor hingga ke puncak. (Sebab malas nak memanjat dengan kaki) Dari kejauhan dah nampak makam panglima Pidi. Rupanya dah di cat baru. Syukur alhamdulillah. Ada juga umat yang menyelenggara makam ini. Keseluhuran makam ini telah dicat dengan warna putih. Termasuklah tembok keliling makam. Batu nesannya dibalut dengan kain putih. Manakala pokok keliling makam yang menganjur ke dalam makam telah dicantas.
Daun-daun kering yang ada di dalam makam, dikumpul dan dibakar. Pintu besi iaitu pintu masuk ke makam telah diperbaiki. Tembok yang runtuh telah dibaik pulih. Boleh dikatakan keseluhuran makam ini telah dibaik pulih.

Memang sedap mata memandang. Aman dan nyaman tetapi....

Ini yang nak diceritakan sebenarnya. Dalam keadaan makam yang indah ketika itu, aku boleh pulak terjumpa barang-barang yang biasa digunakan untuk upacara pemujaan. Aku tak tahu la untuk tujuan pemujaan apa. Mungkin kaki-kaki nombor. Mungkin perubatan. Mungkin juga sengaja untuk bau-bauan.




Tengok saja dalam gambar. Bekas tinggalan lilin.




Pengalaman aku la, kalau lilin warna merah, cerut, tembakau yang dijumpai, ini kerja kaki nombor.


Bukan tu saja. Di sebelah makam tu pun dia orang buat keje mintak no ekor juga.


Apa la dia orang ni. Kalau minta nombor kat kubur, bukannya kubur tu boleh bagi. Kalaulah kene pun nombor tu, itu secara kebetulan atau orang putih cakap lucky luck. Kalaulah betul ini kerja kaki nombor, lepas tu pulak kaki nombor ni orang melayu, memang sah la orang ni tak pernah sembahyang. Islam pada nama saja. Pemalas dan nak kerja senang untuk dapat duit. Kalaulah pulak kerja bangsa asing, tolong la jangan tinggalkan kesan. Sekurang-kurangnya kesihanlah pada orang yang mengecat tu. Kita renungkanlah bersama ye...