Syukur alhamdulillah. Sekali lagi dapat juga kita berjumpa dengan izinnya. Apa yang kita nak bualkan pada kali ini? Ha..Ha... Aku ada cerita yang nak aku kongsikan bersama.
Pada 20hb Okt 2011, aku dan seorang geng aku yang sememangnya sekepala dengan aku, merancang pergi ke tempat yang boleh kami rehatkan minda, tenangkan hati sambil menikmati suasana bumi Melaka yang bertuah ini.
Sememangnya beberapa tempat yang bermain di kepala otak kami. Congak punya congak, keputusan adalah ke puncak Bukit Gedong. Iaitu ke makam panglima Pidi.(cuba semak di laman BUKIT CINA BUKIT GEDONG BUKIT TEMPURONG) Sememangnya kami suka ke sana. Lebih-lebih lagi aku kerana suasana aman di situ.
Dari kaki bukit, kami bermotor hingga ke puncak. (Sebab malas nak memanjat dengan kaki) Dari kejauhan dah nampak makam panglima Pidi. Rupanya dah di cat baru. Syukur alhamdulillah. Ada juga umat yang menyelenggara makam ini. Keseluhuran makam ini telah dicat dengan warna putih. Termasuklah tembok keliling makam. Batu nesannya dibalut dengan kain putih. Manakala pokok keliling makam yang menganjur ke dalam makam telah dicantas.
Daun-daun kering yang ada di dalam makam, dikumpul dan dibakar. Pintu besi iaitu pintu masuk ke makam telah diperbaiki. Tembok yang runtuh telah dibaik pulih. Boleh dikatakan keseluhuran makam ini telah dibaik pulih.
Memang sedap mata memandang. Aman dan nyaman tetapi....
Ini yang nak diceritakan sebenarnya. Dalam keadaan makam yang indah ketika itu, aku boleh pulak terjumpa barang-barang yang biasa digunakan untuk upacara pemujaan. Aku tak tahu la untuk tujuan pemujaan apa. Mungkin kaki-kaki nombor. Mungkin perubatan. Mungkin juga sengaja untuk bau-bauan.
Tengok saja dalam gambar. Bekas tinggalan lilin.
Pengalaman aku la, kalau lilin warna merah, cerut, tembakau yang dijumpai, ini kerja kaki nombor.
Bukan tu saja. Di sebelah makam tu pun dia orang buat keje mintak no ekor juga.
Apa la dia orang ni. Kalau minta nombor kat kubur, bukannya kubur tu boleh bagi. Kalaulah kene pun nombor tu, itu secara kebetulan atau orang putih cakap lucky luck. Kalaulah betul ini kerja kaki nombor, lepas tu pulak kaki nombor ni orang melayu, memang sah la orang ni tak pernah sembahyang. Islam pada nama saja. Pemalas dan nak kerja senang untuk dapat duit. Kalaulah pulak kerja bangsa asing, tolong la jangan tinggalkan kesan. Sekurang-kurangnya kesihanlah pada orang yang mengecat tu. Kita renungkanlah bersama ye...